Ahad, 8 Mei 2011

Anda memerlukan guru tuisyen????

saya mencari ibu bapa yang memerlukan guru tuisyen bagi mengajar anak mereka bagi subjek matematik dan add mate. Saya akan datang ke terus kerumah anda

Subject yang saya tawarkan :


  1. Matematik (Ting1,2,3,4,5)

  2. Matemati Tambahan, add mate (Ting 4,5)

Lokasi rumah anda mestilah di sekitar



  1. Mid Valley area

  2. Bangsar

  3. Jalan Klang Lama

  4. Bandar tasik permaisuri

  5. salak selatan

  6. Medan/Kampung dato Harun

  7. Kerinci/Pantai dalam

waktu-waktu yang ditawarkan



  1. Isnin sehingga Jumaat (8.00pm-10.00pm)

  2. Isnin sehingga Jumaat (6.00pm-7.30pm)

  3. Sabtu dan ahad (tidak ditawarkan buat masa ini)

Bayaran



  1. Rm30-RM35 sejam dan boleh kurang sekiranya kelas lebih daripada sejam

  2. Boleh dirundingkan semula

pengalaman saya



  1. Mengajar tuisyen di rumah seorang pelajar Sek Agama KL selama setahun bagi subjek Matematik, Matematik tambahan, kima dan fizik (forn4). Berhenti disebabkan saya sambung belajar.

  2. Mengajar tuisyen di rumah seorang pelajar Sek sains muar selama sebulan sempena cuti sekolah bagi subjek matematik tambahan.

  3. Mengajar tuisyen bagi 6 orang pelajar (tahun 2008) dan 5 orang pelajar (tahun 2009) subjek bahasa melayu darjah enam di shelton home

  4. Mengajar pusat tuisyen seramai hampir 20 orang bagi subjek matematik ting 4 di Pusat Tuisyen Mawar (secara sambilan sekiranya guru tetap disana tidak dapat hadir)

pendidikan saya



  1. Masih menuntut tahun ke-2 bagi master dalam bidang kejuruteraan elektrik (2010-kini)

  2. Mempunyai ijazah dalam kejuruteraan elektrik daripada IPTA tempatan (2002-2006)

  3. Mendapat A1 bagi subjek matematik dan matematik tambahan diperingkat SPM (2000)

  4. Mendapat 8A dalam PMR (1998)

Siapa saya


Saya merupakan seorang jurutera elektrik di sebuah syarikat di malaysia (5 tahun pengalaman) dan masih menyambung pelajaran master di sebuah IPTA. sebelum ini saya mengajar tuisyen dirumah pelajar dan berhenti sebentar bagi menguruskan urusan master saya.


Walaubagaimanapun saya mempunyai minat yang tinggi mengajar matematik dan add mate. Mungkin disebabkan kedua-dua ibu bapa saya adalah guru. Bila tidak mengajar semula saya merasakan kekosongan dalam diri saya. saya suka melihat senyuman diwajah pelajar2 saya sekiranya mereka faham apa yang saya ajar. dan saya suka mendengar suara pelajar saya apabila mereka mengatakan "0hh, barulah faham". Bagi saya itulah kepuasan dalam diri saya.


Bagi saya tuisyen di rumah lebih baik daripada pusat tuisyen. Mengapa? kerana ibu bapa tidak perlu risau sekiranya pelajar ponteng tuisyen kerana boleh diawasi daripada dapur. Tumpuan lebih kepada pelajar kerana hanya seorang pelajar bagi satu sesi kelas. Boleh memantau perkembangan pelajar sambil menjalankan urusan di rumah.


sekiranya berminat tinggalan mesej disini atau alamt email dan saya akan hubungi anda........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan